Para Pengikut :)

Monday, May 9, 2011

Apa Itu Cinta Sebenarnya?


Bila orang tanya;

Aku menggeleng kepala. Tapi orang tanya lagi;


Aku geleng kepada buat kali kedua. Orang tu tak puas hati. Dan berkata. Tak percayalah. Ok, fine. Pernah. What? Pernah?. I did. Untuk lari dari sebarang spekulasi, Aku berkata "Ya, Aku pernah". Tetapi cinta aku kekal dan agung. Tapi cinta apa?


Yes. One and only. Cinta aku pada manusia sangat agung. Agung di sisi agama dan agung dari sisi kehidupan seharian. Walaupun, dia berkulit hitam, kita tetap cinta. Walaupun warna rambut sama, hati lain-lain, tapi tetap ada cinta antara kita. Manusia sering lupa. Ya, itu aku setuju. Tapi masih ada manusia yang sering mengingatkan kita ketika alpa. Cintanya pada manusia itu, betul tak? Bila sering kita lupa di mana asalnya? Manusialah yang tunjukkan semuanya dari permulaan. Cintanya dia pada manusia itu, kan? . Agung kan cinta kita?


Cinta tak buta. Tapi perasaan cinta yang lahir dari manusia itu sendiri yang buta. Cinta itu subjektif. Boleh suka sesiapa. Naluri kita yang kata sama ada dia adalah untuk kita ataupun bukan. Cinta adalah untuk semua. Anda berhak miliki cinta. Tapi, penggunaan cinta mestilah betul pada landasannya. Sedikit tergelincir, maka tersasarlah jalannya. Aku boleh katakan cinta itu amat istimewa kerana memberi seribu erti yang bermakna. Cinta disisi-Nya adalah Agung dan Nyata. Dengan itu,

Kepada dia, dan manusia.
Dengan Nyata.
Di jalan Agama.
InsyaAllah, diberkati oleh-Nya.

Sunday, May 8, 2011

Dua Wanita.


Dua wanita,
Satu tabah,
Satu cekal.

Tiada dua,
Satu pun tiada.

Pertama,
Melahirkan,
Membesarkan,
Memberikan,
Apa yang tiada yang lain berikan.
9 bulan bersabar,
9 bulan sarat,
Untuk mengendong aku di dalamnya.

Aku menangis tidak terkira,
Aku marah bila murka,
Aku gembira bila bersama,
Kau ada, selalu dan sentiasa ada.


Kedua,
Menghiburkan,
Mendengar,
Bersabar,
Dengan setiap perlakuan,
Perkataan yang aku lemparkan.
Tetapi senyuman yang diberikan.

Ucapan perangsang menjadi ikatan,
Kata penguat pasti dihiburkan,
Senyuman manis jadi kukuhan,
Sentiasa ada, walau jauh di mata.


Pertama dan Kedua,
Orang kuat,
Tulang belakang
Seluruh badan.
Pertama ibu, kedua kawan.
Menyambut keduanya di tarikh keramat.

Pertama,
Selamat Hari Ibu diucapkan,
Puan Rajemah Ayop.

Kedua,
Selamat Menyambut Hari Kelahiran,
Nur Faraha'ain Ibrahim.

Semuga dipanjangkan umur dan hidup berkekalan.
Aku sayang keduanya tiada penyesalan.
Sehingga mati jadi buktian.

Pertama dan Kedua.

Minyak Wangi Dari Pokok Gaharu? Apa tu?


Ingat lagi tak tentang projek tesis aku yang berkaitan tentang Pokok Balak? Ok. Itu memang cerita lama. Sangat malas nak cari backlink. Bukan itu yang aku nak cerita balik. Tapi cerita yang sedang berlaku sekarang ini. Aku baru mula menjalani praktikal di Forest Research Institute Malaysia, ape kebenda tu? Itulah nama panjang untuk singkatan FRIM. Yea, FRIM.


Dekat FRIM ni aku di tempatkan di bahagian Tumbuhan Ubatan. Dan projek terbesar yang sedang di jalankan di FRIM ni ialah Projek Pokok Gaharu. So, aku sebagai budak praktikal adalah menolong dalam proses ekstraksi, isolasi untuk menghasilkan minyak pati gaharu. Tahukan anda apa itu gaharu? Meh sini aku ce cite.


Ok. Gaharu datangnya daripada Pokok Karas iaitu spesies Aquilaria. Pokok karas merupakan pokok yang besar sebesar pokok balak yang digunakan untuk proses menghasilkan minyak pati gaharu. Ok, minyak pati tu lebih kepada minyak wangi-wangian untuk pelbagai kegunaan. kebiasaannya, minyak ini mendapat permintaan yang tinggi di negara timur tengah kerana sering digunakan orang sana untuk pewangi badan dan lain-lain.


Dan tahukah anda bahawa dengan adanya pokok karas ini anda boleh jadi kaya? Ini memang terbukti beberapa rakyat Malaysia kita yang telah pun menjadi jutawan minyak. Kalau nak dibandingkan dengan minyak wangi Dunhill, Polo, Paris Hilton atau Kim Kardashian sekalipun, tidak boleh melawan minyak wangi gaharu ini. Kerana apa? cuba check kat bawah ni.

Cuba lihat betul-betul, walaupun gaharu tu Gred E, harga sekilogram adalah 3K. Cuba bayangkan kalau banyak yang dapat, berapa K yang bakal anda dapat dalam sebulan? Pergh, kayo pakcik. Tapi ketahuilah anda bahawa untuk membesarkan pokok karas ni bukannya senang. Dan untuk mengekstrak pokok ni menjadi minyak pun bukannya semudah yang disangka. Kadang-kadang kalau kita potong 100 pokok karas pun, belum tentu boleh hasilkan 100 kg minyak gaharu. Ha, cuba bayangkan macam mana orang tu boleh kaya? Memang kena usaha lebih. Aku yang duduk dekat lab mencari minyak tu pun perlukan kesabaran. So, setakat ni anda semua dah faham kenapa Pokok Karas ni orang tergila-gilakan sangat? Inilah faktanya. Kalau ada benih dia, tanamlah dan tunggulah lagi 2-3 tahun, maka, juallah dekat Pak Arab Emiriah tu, mesti Kayo Pakcik lepas tuh.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...