Para Pengikut :)

Monday, February 27, 2012

Lisa Surihani Mengamuk.


Potret kau dulu, menghiasi dinding rumah aku. Tersusun rapi. "Posing kau cantik", itulah first impression aku. Aku tak posing pun takpe, sebab kau dah terlalu cantik untuk menghiasi ruang kosong itu. Favourite photo aku adalah ini:

Tiba-tiba bingkisan kaca terhempas..


[flashback]

Lisa
Kenapa dengan you ni? Can't you appreciate what i've done to you?


Shaofie
Yes! yes. I bersyukur dengan segala kemewahan ini. Tapi you bertindak terburu-buru.


Lisa
I? bertindak terburu-buru? atau you?
(Lisa campakkan gambar)


Shaofie
Huh? Apa semuanya ni?
(gambar ini)

Shaofie
Listen, Lisa. Ini gambar I shooting dengan Maya baru-baru ni. Scene tu perlukan macam ni. I have to be professional.


Lisa
Professional konon. Itu gambar dalam genggaman you tu apa? Tell me!



Aku cuba untuk tidak berikan gambar dalam genggaman itu, namun Lisa berjaya merampas segala yang tersirat. Aku gagal menghalangnya.



Lisa
(menangis - menyesal)

Lisa
Ini gamba bila?


Shaofie
Masa kita hampir nak bernikah. Your mom cancel last minit. I yang hampir menangis.


Lisa
(berderai airmata)


Shaofie
Maafkan I, Lisa. I terlalu sayangkan you tapi Ini bukan takdir kita.


Lisa
(marah-menangis)
You salahkan takdir atau you pengecut untuk berusaha?


Shaofie
Sorry, Lisa. Your mom smarter than a fifth grade! I lose disebabkan I tak memenuhi ciri-ciri yang your mom mahukan.


Lisa
Mulai sekarang kita putus. P-U-T-U-S. Keluar!! Keluar!!!
(sambil menunjukkan pintu keluar)


[Flashback tamat]


Lamunan aku disentak. Titisan air mata, aku lap terus tanpa sebarang kesan. Sambil memasukkan gambar-gambar Lisa dengan rapi kedalam kotak simpanan untuk melupakan dia. Aku harus bina hidup baru.



Maya
Tengok apa tu bang?


Shaofie
(menghulurkan gambar)
Ni haa. Sweet kan?

Mereka sama-sama merenung ke arah langit itu tanpa berpatah balik memikirkan masa lalu.


Anyway,
(airmata berderai laju-laju)

Wednesday, February 22, 2012

Pra-Tonton Adnan Sempit 2 [Review]


Selesai sudah berlangsungnya Majlis Pra-tonton cerita kelahiran MIG untuk sekuel keduanya iaitu Adnan Sempit 2. Mana tak meriah, David Teo pun ada sekali. Sasarannya adalah 10 juta penonton. Here are some review in my opinion.


Storyline
  • Permulaan yang baik - menyambung kisah Adnan yang lepas tetapi pembaharuannya adalah dia diterima bakal bapa mertuanya.
  • Klimaksnya dimana Adnan perlu memenuhi segala syarat-syarat bakal bapa mertuanya yang dilakonkan oleh Sutradara Ahmad Tarmimi Siregar dan Nadia juga perlu membuktikan bahawa dia sudah cukup bersedia menjadi seorang isteri iaitu pandai memasak, mengemas rumah dsb.
  • Penggunaan kata ganti diri Adnan dan Nadia ialah "mama dan papa" sangat kelakar okey. Tapi itu satu punchline yang menarik.
  • Kewujudan watak Fendi pula adalah untuk menggoyahkan lagi percintaan Adnan dan Nadia tetapi wataknya adalah lembut (yang tak menjadi). Namun terdapat scene yang boleh diklasifikasikan sebagai kurang-sesuai-tontonan.
  • Terdapat tanda tanya pada kesudahan cerita Wawa dan Bobby. Seolah-olah kewujudan watak itu tidak memberi impak kepada penonton dan cerita mereka tersekat seketika tiba-tiba je dah happy-ever-after. Itu yang peliknya.
  • Watak Angah yang hanya tempelan juga merupakan satu watak penaik kepada cerita ini sebab tak sia-sia dia belajar lawak. Tapi gatalnya kemain. Haha
Overall Review
  • Tontonan yang sesuai untuk lapisan masyarakat.
  • Non-stop gelak.
  • Elok untuk mantapkan bahasa inggeris korang.
  • 4.5 bintang. (Sekuel terbaik der!!)
Moment-waiting-for.







Setepek wa kasi lu der.



Serbu lah wayang malam ni jugak!

Sunday, February 12, 2012

Apa Yang Terkejar, Apa Yang Dikejar?


What do you expect this advertisement would be?
Where do you seen 'em?


Yes! It's OREO. Not Oregano.

"Ayah, boleh bukakan Oreo ini untuk saya?"

"Apa yang Ayah dapat?"

"Berkongsi satu rahsia!"

Hang on! Pause.

Itulah yang aku nak cerita hari ni. Tentang satu rahsia. Kira kongsi sama-sama lah. Bila ditanya tentang "apa yang terkejar, dan apa yang dikejar?". Bukan anak anjing mahupun anak kucing. Tetapi mengejar cita-cita. Cita-cita, impian dan harapan adalah tiga benda yang berbeza tetapi penting dalam hidup kita. Contohnya:

Cita-cita : Nak jadi Pilot.
Impian : Nak bawak Airbus Boeing 737. #Eh
Harapan : Dapat bawa Mak Ayah dalam Boeing yang dipandu sendiri ke Mekah. #Mungkin

Tapi tak semestinya cita-cita yang diimpikan dari kecil itu akan tetap setia sehingga ke peringkat tinggi kan? Mesti ada arus perubahan. Dan ada juga cita-cita lain, impian dan harapan juga lain. Lain orang, lain peel nya.

Tapi sejauh mana kita berusaha kearah merealisasikan cita-cita tu?

Ada juga dikalangan kita, cita-cita yang dihalang oleh ibu bapa dan ada juga yang menyokong kuat. Apa yang penting adalah usaha. Jika kita tak ada usaha, so, ibu bapa pun akan pandang rendah kepada kita dan merekalah akan merancang masa depan korang. Tapi bila korang ada usaha, nampak jalan jauh yang korang pilih, InsyaAllah, "dimana ada kemahuan, disitu ada jalan".

Bebas?

Nak bebas pun suatu impian. Tetapi apa harapan kita untuk kebebasan tu? Bebas yang positif adalah seperti nak mencari rezeki sendiri, tak nak menyusahkan kedua ibu bapa. You know, things like that make you more matured. Kebebasan pun dikira ada usaha disebalik itu. Jadi, kita kena usaha lah ke arah itu. Semua orang mahu bebas, tapi pilih jalan yang sejajar dengan agama kita. Janganlah terpesong.


Semuanya akan bergantung kepada niat dan doa kita.


Kejahilan itu sesuatu yang berlaku,
Tidak ada mustahil bagi insan sekecil aku,
Terkaku,
Terpaku,
Oleh dunia yang kian maju.

Kita sering terlena,
Dibuai mimpi alam fana,
Esok lusa alpa,
Kerana apa yang terkejar,
Dan apa yang dikejar?
Tercicir di persimpangan dunia.

Let us make Du'a.
InsyaAllah. Allah Maha Mendengar.

Saturday, February 4, 2012

A News From Bombay.

Ramai yang kurang percaya tentang pemergian aku ke Bombay, India untuk sidang akhbar dan juga project Runaway untuk India Fashion Week. Namaste!


Sekarang ni aku nak berterus terang saja lah. Aduh. Tak kongsi salah, kongsi pun rasa bersalah. Jom kita Runaway dulu. Kali ni aku tak ingat siapa pereka fashion dia. Tapi ada khan khan jugak. Sorry designer, I can't remember.


Tone warna kulit kena serata dengan baju yang pudar.


Baju kegemaran Mak Ngah lagi.


Kurang merah. Sirap tertumpah kat seluar pulak.

Baju macam wakil parlimen Batu Caves.

Yang ni bajet Hrithik Roshan yang teleng ke kanan.

Lawatan kerja seminggu ni tak sempat aku nak shopping saree bawak balik Malaysia sebab sibuk dengan Press Conference Filem baru pulak gandingan dengan Hero dekat Mumbai tu. Mak aih, tak menang tangan aku. Setibanya aku kat situ, terkejut gila sebab poster dah siap sedia. Shootingnya belum ni. Semangat.







Terlalu banyak naluri fantasi aku sampai tak terbendung.
Tak dapat Neelofa, Kareena Kapoor pun jadilah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...