Para Pengikut :)

Thursday, July 21, 2011

Lat Tali Lat, Tali Tam Plung.


Lat tali lat, tali tam plung.
Mak minah balik kampung, beranak dalam tong,
namanya sotong, dipotong-potong,
lama-lama jadi...anak patung!

Oooo.. Somm!
Oooo... Somm!!

Assalamualaikum dan salam kerakyatan. Aha, pehal ni nak lat tali lat ni. Adoi, dah lama tinggalkan dunia kecik, zaman jahiliyah aku dulu kala. Waktu petang selalu aku main tenteng, tapi kena Ooo..Somm dulu. Takpun, lat tali lat. Bukan tahi lalat. Haha. Kalau dulu setiap permainan, ada peraturan. Tertib je semuanya. Tapi sekarang, semua dah kelam kabut. Berebut. Samalah macam kita naik pengangkutan awam terutamanya naik train. Nak tahu kenapa?




Perlu ke makcik tu yang bertanya untuk duduk? Kita yang sihat walafiat ni, berilah ruang untuk orang yang memerlukan tu duduk. Ibu mengandung, orang tua, budak kecil, they need more than us. Tak kesian ke tengok nenek tua tu berdiri pegang tiang besi sambil terhuyung-hayang dengan beg pasarnya? Apa salahnya kita berdiri for few minutes before reach the station. Nak lagi selamat, kita berdiri je terus dalam train. Walaupun ade ruang kosong untuk duduk, kita biarkan je. At least, kita dalam zon yang selamat dan tidak serba salah, betul tak?



Nak kena tengking baru terasa? Ni lagi satu, dah ade garisan, dah ada line merah putih biru coklat segala warna pelangi dah letak kat hall menunggu tu, tapi degil sangat-sangat. Kalau dah beratur tuh, ikutlah barisan, jangan memotong. Budak darjah satu pun tahu erti disiplin. Kita kan dah besar panjang, malu lah kalau tak reti beratur. Nasib baik kita beratur dalam keadaan berdiri, kalau polis suruh beratur dalam keadaan "senang diri" macam mana?



Part ni yang aku nak highlightkan. Kenapa kalau dalam kapal terbang, kita tak berebut macam naik train? Kenapa masuk wayang, kita tak berebut macam jualan mega sale? Ya, sebab dah ade seat. Pandai pun. Aku tahu yang itu. Dan aku juga tahu bahawa seat dalam train memang takde number, tapi tak perlu lah kita saling berebut sebab semua akan masuk, cumanya sempat atau tak sempat je. A bit of patient can calm the situation. Percayalah. Kalau semua orang bersabar, tahu adab tertib, semua akan jadi teratur.


Kenapa perlu ada ruang kosong jika itu boleh dipenuhkan lagi? Perasan tak? Selalunya bila orang tak dapat masuk, mereka sering berkata begitu. Mereka bukan marah, tetapi meminta sedikit ruang lagi untuk dipenuhkan. Korang pulak, janganlah kata dah padat walaupun ada lagi ruang. Should be, kita kenalah penuhkan ruang tu semaksima yang mungkin supaya semua orang dapat masuk. Kalau kita nak keluar dari station, mintak tumpang lalu atau "excuse me?". Bukannya susah pun. Orang tak marah, betul tak?



Yang ni wajib korang tahu. Apabila keadaan dah sesak dalam train, janganlah pergi memekak pulak. Korang tahu tak? Setiap kali korang bising dalam train saat train dalam kesesakan umat tuh, korang sebenarnya mengeluarkan banyak sangat karbon dioksida? Dengan bau peluh lepas kerja lagi, dengan perfume yang wangi gila lagi, dengan kebisingan lagi, boleh sesak nafas tau. Benda ni benar. Dan korang kena tahu bahawa bukannya semua aircond beri oksigen. So, that's why kerajaan menyarankan supaya semua orang banyakkan membaca walaupun dalam train, ataupun duduk diam dengar mp4 tu. Dengan itu, keadaan dalam train akan jadi tenang dan tiada stress. Senang je, kita tolong orang, orang akan tolong kita.



Tak perlu lah kita nak berOooo..Som bila nak naik train bagai. Benda ni semua common sense lah. Walaupun begitu, aku nak tabik spring dekat seluruh rakyat Malaysia sebab masih bertahan, kekal dan bersabar dengan segelintir kerenah manusia dan juga kerenah train yang acapkali penuh dan padat. Jangan cepat mengeluh. Orang yang sentiasa bersabar, selalu mendapat rahmat Allah. Percayalah. Bak kata saudara aku yang cun tuh;


Enjoy guys!




Suka entry ini, jom like ;)

2 Babel:

ZULHILMI TEMPOYAK said...

;p

kaizen said...

ingatlah satu mase nnt kite akan rase ape yg kite pernah buat kat org tu.... hukum alam...

*kate Scorpion : What u give.. u get back....

latest entry Isu Bila Bersedekah & Urban-or-Disaster --> blog group

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...