Para Pengikut :)

Saturday, July 30, 2011

Pelancaran Ramadhan.


Hello guys! long time no see you! bila dah habis praktikal ni la baru boleh update anything. InsyaAllah if Allah give me strength to do so, I will. So, untuk memulakan sesi hujah ni, aku nak bagitahu, selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Semoga kita dapat menjadi manusia yang lebih baik dan kekalkan kesabaran dalam berpuasa. InsyaAllah. For those who are fasting, Happy Fasting. And For those yang baru nak start puasa, Happy Learn Fasting. Best! Puasa mengawal kita segala macam jenis perlakuan, perbuatan dan nikmatnya sangat besar.


And announcing my new launch! *drumbeat*


Ok. Aku nak perkenalkan dengan brand baru. Jangan takut. Korang boleh follow aku kat twitter dgn cari @askshaofie. Korang boleh bertanya apa sahaja masalah kehidupan, nak share pengalaman ataupun mencari pengalaman baru ke. Aku bukan apa, nak bantu apa-apa masalah yang korang nak kemukan. Kita kongsi, kita bantu dan kita jugak yang untung. Win-to-win situation. Mudah je. Nak merungut pun boleh. Sambil tu boleh tambah kawan dan kenalan. Kalau malu bertanya di twitter, boleh juga tanya di sini;


Feel free to do so. Jom kawan-kawan.


Suka entry ini? Jom like ;)

Thursday, July 21, 2011

Lat Tali Lat, Tali Tam Plung.


Lat tali lat, tali tam plung.
Mak minah balik kampung, beranak dalam tong,
namanya sotong, dipotong-potong,
lama-lama jadi...anak patung!

Oooo.. Somm!
Oooo... Somm!!

Assalamualaikum dan salam kerakyatan. Aha, pehal ni nak lat tali lat ni. Adoi, dah lama tinggalkan dunia kecik, zaman jahiliyah aku dulu kala. Waktu petang selalu aku main tenteng, tapi kena Ooo..Somm dulu. Takpun, lat tali lat. Bukan tahi lalat. Haha. Kalau dulu setiap permainan, ada peraturan. Tertib je semuanya. Tapi sekarang, semua dah kelam kabut. Berebut. Samalah macam kita naik pengangkutan awam terutamanya naik train. Nak tahu kenapa?




Perlu ke makcik tu yang bertanya untuk duduk? Kita yang sihat walafiat ni, berilah ruang untuk orang yang memerlukan tu duduk. Ibu mengandung, orang tua, budak kecil, they need more than us. Tak kesian ke tengok nenek tua tu berdiri pegang tiang besi sambil terhuyung-hayang dengan beg pasarnya? Apa salahnya kita berdiri for few minutes before reach the station. Nak lagi selamat, kita berdiri je terus dalam train. Walaupun ade ruang kosong untuk duduk, kita biarkan je. At least, kita dalam zon yang selamat dan tidak serba salah, betul tak?



Nak kena tengking baru terasa? Ni lagi satu, dah ade garisan, dah ada line merah putih biru coklat segala warna pelangi dah letak kat hall menunggu tu, tapi degil sangat-sangat. Kalau dah beratur tuh, ikutlah barisan, jangan memotong. Budak darjah satu pun tahu erti disiplin. Kita kan dah besar panjang, malu lah kalau tak reti beratur. Nasib baik kita beratur dalam keadaan berdiri, kalau polis suruh beratur dalam keadaan "senang diri" macam mana?



Part ni yang aku nak highlightkan. Kenapa kalau dalam kapal terbang, kita tak berebut macam naik train? Kenapa masuk wayang, kita tak berebut macam jualan mega sale? Ya, sebab dah ade seat. Pandai pun. Aku tahu yang itu. Dan aku juga tahu bahawa seat dalam train memang takde number, tapi tak perlu lah kita saling berebut sebab semua akan masuk, cumanya sempat atau tak sempat je. A bit of patient can calm the situation. Percayalah. Kalau semua orang bersabar, tahu adab tertib, semua akan jadi teratur.


Kenapa perlu ada ruang kosong jika itu boleh dipenuhkan lagi? Perasan tak? Selalunya bila orang tak dapat masuk, mereka sering berkata begitu. Mereka bukan marah, tetapi meminta sedikit ruang lagi untuk dipenuhkan. Korang pulak, janganlah kata dah padat walaupun ada lagi ruang. Should be, kita kenalah penuhkan ruang tu semaksima yang mungkin supaya semua orang dapat masuk. Kalau kita nak keluar dari station, mintak tumpang lalu atau "excuse me?". Bukannya susah pun. Orang tak marah, betul tak?



Yang ni wajib korang tahu. Apabila keadaan dah sesak dalam train, janganlah pergi memekak pulak. Korang tahu tak? Setiap kali korang bising dalam train saat train dalam kesesakan umat tuh, korang sebenarnya mengeluarkan banyak sangat karbon dioksida? Dengan bau peluh lepas kerja lagi, dengan perfume yang wangi gila lagi, dengan kebisingan lagi, boleh sesak nafas tau. Benda ni benar. Dan korang kena tahu bahawa bukannya semua aircond beri oksigen. So, that's why kerajaan menyarankan supaya semua orang banyakkan membaca walaupun dalam train, ataupun duduk diam dengar mp4 tu. Dengan itu, keadaan dalam train akan jadi tenang dan tiada stress. Senang je, kita tolong orang, orang akan tolong kita.



Tak perlu lah kita nak berOooo..Som bila nak naik train bagai. Benda ni semua common sense lah. Walaupun begitu, aku nak tabik spring dekat seluruh rakyat Malaysia sebab masih bertahan, kekal dan bersabar dengan segelintir kerenah manusia dan juga kerenah train yang acapkali penuh dan padat. Jangan cepat mengeluh. Orang yang sentiasa bersabar, selalu mendapat rahmat Allah. Percayalah. Bak kata saudara aku yang cun tuh;


Enjoy guys!




Suka entry ini, jom like ;)

Thursday, July 14, 2011

Kahwin Itu Suatu Nikmat?


Bila dengar soal kahwin, all the hormone are getting excited. Tak tahu kenapa. Haha. Bila ucap tentang perkahwinan, mula memikirkan pelbagai persoalan. Di mana? Bagaimana? Apa? dan lain-lain lagi. Tapi kalau kita go further on this topic, who else we married to? Faham tak? Maksudnya, kita kahwin di atas istilah kedua mempelai disatukan. Tetapi dengan siapa lagi kita bersatu dalam sebuah perkahwinan?



Yes. First of all, memang kita akan berkahwin dengan jiwa dan raganya. Hati budinya, sifat dan perangainya, bakal kita hadapi sehidup semati. Kita menyerahkan segalanya demi kepentingan keharmoniaan dan kebahagiaan rumah tangga. Sweet kan? Tiada penumpuan dalam keserasian, maka goyahlah masjid yang dibina.


Fuhlamak, part ni agak cair sikitlah. Kalau kita setakat sayangkan isteri sebab dasar perkahwinan kecantikan sahaja, baik tak payah. Kita kena bersatu sekali dengan emosi dan perasaan dia. Kawalan serta curahan perasaan diberikan sepenuhnya kepada pasangan hidupnya itu. Jadi, emosi juga perkara yang penting yang perlu bersatu sekali dalam sebuah perkahwinan.


Yang ni memang wajib ada lah kan? Kalau dasar perkahwinan adalah terpaksa, maka tidak berputiklah cinta dan sayang antara mereka bedua melainkan cinta mereka adalah cinta AdaMaya. Ala, cinta terpaksa akhirnya berputik jua tuh. Kadang-kadang susah untuk selami cinta sebenar sebelum berkahwin, tapi apabila sudah melayarinya, baru kenikmatan cinta itu bersemi muncul disaat memerlukannya. Chewah! Haha. Tapi it's true.


Ini perkara biasa. Tetapi lumrahnya tidak ternyata. Seringkali kita lupa, perkahwinan yang dibina bakal disatukan lagi dengan keluarga. Maksudnya, mengenali hati budi setiap ahli keluarga adalah perlu. Jangan sekali diabaikan kerana merekalah keperluan kita. Saat kita memerlukan adalah dari keluarga yang sentiasa ada disisi kita. Tapi aku tau, rakyat Malaysia tak sebegitu kan? Semuanya baik-baik belaka. So, you will create a harmony marriage sooner.




Kebahagiaan sesuatu perkahwinan adalah bermula dari kenikmatan dalam bercinta selepas melayarinya. Setuju tak dengan pendapat aku tu? Apabila perkahwinan itu adalah dari sekecil zarah yang nyata, maka keintimannya akan lebih beerti selamanya. Chewah! Enjoy guys.




Suka entry ini? Jom like ;)


Friday, July 8, 2011

Perasan Tak?


Perasan tak?
Bila nikmat mendatang,
Kita susah jauhinya.
Bila susah mendekati,
Kita payah meminta.

Perasan tak?
Apabila kita berkata,
Orang bertanya semula,
Bila ditanya,
Kita mula mengata.

Perasan tak?
Semakin banyak tidak dari ya.
Semakin banyak palsu dari betul belaka,
Semakin banyak pelik dari biasa.

Apa lagi yang anda perasan?
Luahan dan picisan?
Atau boneka dalam keterlanjuran?


Suka entry ni? Jom like ;)

Wednesday, July 6, 2011

Dilemma Remaja, Apa Dia?



Apa yang anda tahu tentang blog sebenarnya? Isu semasa? Isu terkini? Atau isu sensasi? Banyak kegunaan blog ni sebenarnya. Kelebihan pun ada terutamanya pada pembaca setia. Tapi bila baca blog orang, teringin nak ada blog sendiri. Tapi bila dah ada, macam-macam dilemma muncul. Mesti pernah jadi sebegini..


Haa, mulalah merungut dengan pelbagai alasan. Suka tengok, suka baca tapi malas nak karang, kan? Karang tu maksudnya nak menulis di blog. Kadang-kadang sampai merapu-rapu tulis. takpe, janji tulis. Sebenarnya aku dah melalut ni. Haha. Motif aku adalah ingin berkongsi tentang ranking alasan yang selalu diberikan berkaitan rungutan tu. Jom scroll.





Ye tak ye jugak. Ada ke orang nak baca?. Ok, jawapannya ya jika korang mahu cerita dikongsi bersama. Kalau korang rasa cerita yang menarik untuk dikongsi bersama, share with us. Nothing to lose. Apabila kita berkongsi sesuatu keindahan atau kepahitan, pasti disambar dengan kemanisan. Tak kiralah kritikan ataupun perangsang. Itu secara tak langsung ada respon dari pembaca. Percayalah.


Ok, mengenai cerita pula, tengok sekeliling. Mulakan cerita korang dengan keadaan sekeliling. Buat cerita apa sahaja janji jangan berbaur yang boleh mendatangkan kemarahan. Cerita pokok ke, cerita tentang kehidupan ataupun tentang masyarakat yang berbilang bangsa ke. Cerita sang kancil tomoi dengan sang buaya pun boleh. Apa saja. Janji, korang buat something untuk dikongsikan.


Yang ni payah sikit lah. Haha. Kalau nak cari mood memang 7 hari 7 malam lah baru dapat. Kadang-kadang bila kita dah dapat ilham tuh, bila sampai kepada nak menulis tiba-tiba hilang, lost!. Adoi. Senang je, caranya adalah mengingat kembali tapi ni makan masa ataupun cuba taip balik kat handphone. Nanti bila dah nak mula menulis, kita boleh refer kat hp je. Senang. Anytime.


Belum start tulis lagi dah fikir macam-macam. Kritikan dan kutukan tu tak salah kalau responnya begitu. Kalau kita tulis aim pada orang yang salah, kutukan lah makannya. Tapi kalau kita bercerita tentang keindahan dan kemanisan, sudah tentu benda yang sama kembali pada kita semula. Buat dulu, respond tu belakang cerita.



So,



Suka entry kali ni? Jom like ;)

Monday, July 4, 2011

Baru Sekarang Aku Faham.


Apa yang aku faham? Haha. Aku mulai faham apa maksud tersirat dalam lagu Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain. Dah berdetik lamanya keluar lagu ni, baru sekarang aku faham kan? Takpe, nak tau ape fahaman aku? Jom scroll.

Aku tepek skali dengan musicnya. Tekan dulu baru scroll.




Sweetnya percintaan mereka.




Suka entry ni? Jom like ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...