Para Pengikut :)

Sunday, June 12, 2011

Mood Cinta Nora Eleh Nah!



Terlalu banyak cerita dekat TV mahupun pawagam. Macam-macam genre. Kalau gaduh tu, memang dari awal cerita sampailah ke akhir cerita, asiklah gaduh. Kalau cinta pulak, memang cinta dan berbunga-bungalah cerita tuh. Macam cerita Nora Elena. Mak aih, rating naik whoaa.


Aku minat cerita ni sebab penulis skripnya aku kenal. Sifu aku, Kak Maizura Md Ederis. Dia pernah buat skrip drama Nur Kasih. Bestlah semua cerita dia. Ok, leave it there. Sekarang ni, keluar pulak cerita Stanza Cinta. Cerita cinta jugak. Aku tengok trailer dia pun, memang cinta je memanjang.

Aku tepek poster. Mantap. Dah macam trilogy.

Macam-macam cerita yang diadaptasi dari novel. Habis semua novel kat MPH jadi drama. Silap haribulan, novel "Puteri Lindungan Bulan" pun jadi drama nanti. Haha. Aku bukan apa, cerita cinta macam ni, banyak bagi ilham kat kita tentang apa itu cinta. Bukan sekadar erti cinta tapi lebih kepada perspektif cinta sebenar. Penting ni. Kadang-kadang kita pun terjebak masuk dalam karakter. Nasib baik setiap dialog yang karakter tu cakap tak jadi sentence-fan-page kat facebook. Haha. Sakit betul tengok word biru tu keluar.


Anda suka? Jom like ;)

Saturday, June 11, 2011

Bila Mak Kasi Kahwin.


Cuba teka! bila mak kasi kahwin, siapa yang paling gembira?. Aku? Sikit je bahagia tapi kena usaha. Nak mencapai usaha tu yang payah banyak. Jom mengeluh lagi. Eh kejap. Cuba mengeluh panjang sikit dari tajuk utama kita. Macam ni..

Alahai..

Once bila mak cakap okey, melonjak teramat sangat. Then, bila mak cakap "tapi..", mula muka macam cuka. Masam, perit dan tersepit. Sebab apa? Mak letak syarat pulak. Antara ranking syarat terhebat adalah.


Ala, ni selalu kita dengar. Mana taknya, orang suruh belajar, sibuk bercinta. Macam mana lah mak tak kasi kahwin. Ayah tengok pun menggeleman. Elok benor lah tu bila mak kasi kahwin tapi habiskan belajar dulu.


Ni pun mak selalu pesan. Takkan lah nak kahwin nanti guna pasir nak bayar khemah, hantaran, mas kahwin semua. Kalau pasir tu boleh buat khemah tak pelah jugak. Konfirm-konfirm lah cari kerja dulu, kukuhkan kewangan dulu dan baru fikir kahwin. Kalau tak, mak kasi kahwin tapi kau makanlah pasir anak bini. Haha. Cendol pasir.


Yang ni betul. Kalau tiap hari especially hujung minggu, asek mak je yang masak, asek mak je yang basuh baju, memang tercongok lah kau nak kahwin cepat. Kita kena cepat bertindak sebelum mak mengomel contohnya " Eh..mak, nak tolong mak masak apa hari ni?" ataupun "minggu ni, mak duduk je, bia saya yang basuh baju, cuci rumah semua.." Macam tu baru terbeliak mata mak tengok sambil berkata "Rajin anak aku, boleh kahwin dah ni..". Barulah mak kasi kahwin sebab dah reti urus diri sendiri.

Last sekali, apa syarat mak yang payah sangat kita nak lulus before kasi kahwin? Nak tahu apa? Scroll bawah.



Sentap.
Terbeliak.
Insaf.


Anda suka? Jom like ;)

Thursday, June 9, 2011

Amaran Tuhan.


Nafas,
Terhenti bila sudah takdirnya.
Terkedu bila sampai waktunya.
Terhimpit bila aku melampauinya.

Bila sudah seru,
Nafas itu terhenti disitu.

Salah guna,
Nafas sesak.
Berdosa.
Allah tarik nyawa.

Terseksa,
Malaikat ajal datang meminta,
Yang bukan hak kita,
Di dunia nyata.

Buka hati, Buka mata,
Kita meminjam, bukan selamanya,
Sementara,
Untuk nikmat dunia,
Kerana ini bukan empunya,
Syukur Tuhan Yang Maha Esa.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...