Para Pengikut :)

Tuesday, June 7, 2011

Fatin Liyana Ada Kimia Dengan Shaofie


"You look Familiar"

Itu comes dari mulut FL when we first meet. Ok, itu sangat tak romantik. Haha. Sebab aku tak tegur dia dulu. Tapi seperti entry meroyan aku yang lepas-lepas, we still have a chemistry. Nak tahu? Jom.

Malu-malu kucing.

Aku bercakap, dia mendengar.

Dia bercakap, Aku pulak dengar.


Sweet kan?
Tapi, kalau once dia bercakap, pergh.
Lunak merdu..

Sampai aku tertidur.



Lagi sweetkan aku tidur? =.="


Suka tengok FL? Jom like ;)

Sunday, June 5, 2011

Aku Bukan Top Blogger.




Hari-hari penat dan lenguh sedang beremosi.
Letih, lesu hakikat berdiri.
Tidak sangka sedang beraksi.
Lensa kamera menari-nari.

Semalam suatu hari,
Alkisah diri ditemani,
Untuk beriadah serta berinteraksi,
Blogger top masa kini.

Stop right there.
Bukan diri bergelar tinggi,
Tetapi mereka merendah diri,
Berkongsi idea dan isi hati.
Tidak henti gelak hampir berdiri,
Seperti biasa, ada mencuit hati.

Top blogger lain,
Seperti Fatin Liyana, Shera, Ija Dan Faiz.
Ala Faiz, penggila Lisa Surihani,
Seronok mendengar serta berkongsi,
Gelak sampai tak kering gusi.
Duduk sekaki,
Gelak tak henti,
Berdiri,
Tatapan umum lensa di hati.

Lihat ini,
Muka serta riaksi,
Ketika berinteraksi.


Soalan panas? Tiada.
Semua suam belaka.
Jutaan terima kasih sudi berkongsi idea.
Sidang Redaksi UKM empunya.


Sekitar Interview dan Photoshoot Redaksi.

Suka tak? Jom like :)

Thursday, June 2, 2011

Istilah Wanita.


Istilah wanita? Apa yang aku maksudkan ni? Maksud wanita ni terlalu subjektif. Bukan untuk menyindir atau mengutuk tetapi lebih kepada pandangan positif insan hawa ini. Aku bercakap tentang wanita? Jom layan.


Tak sah kalau kita kaitkan wanita dengan keayuaannya. Cantik terlalu selalu digunakan. So, kita change sikit kepada ayu. Ayu ni lebih kepada keanggunan, kesopanan dan keserlahan sebagai seorang wanita. Tiada isu tentang kehodohan setiap wanita kerana semua makhluk yang Allah jadikan adalah cantik semuanya.


Sensitif bermaksud kepekaan wanita terhadap sekeliling. Segala macam perkara semuanya diambil berat. Dari hujung rambut sampai hujung kaki, semuanya berharga. Hal diri dijaga rapi dan sangat peka terhadap isu-isu yang menyentuh peribadinya. Tapi itulah sifat yang memberi kesempurnaan.


Yang ini paling akrab dengan wanita. Hati. Kadang-kala mereka lebih prihatin tentang isi hati lelaki. Apa yang mereka mahukan dan apa yang mereka lakukan. Semuanya berkaitan hati. Kelukaan hati menyebabkan mengambil berhari untuk diubati. Tetapi setelah hati dicuri, hidup seperti bidadari. Indah dan sempurna. Hati wanita lah yang sering berjaya mencuri perhatian lelaki. Keikhlasan, kejujuran, ada pada hati mereka ini.


Lelaki adalah pelengkap bagi seorang wanita. Hidup berumahtangga adalah manis jika kebahagiaan dikongsi bersama. Lebih sempurna jika ada cahaya mata diantara mereka. Apa si isteri lakukan adalah untuk suaminya, begitu juga sebaliknya. Insyaallah, kemanisan dalam berumahtangga sentiasa terjalin sepanjang masa.


Suka entry ini? Jom klik like ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...