Para Pengikut :)

Thursday, December 2, 2010

Rakyat Malaysia, Jom Naik Basikal.


Pernah terfikir nak berbasikal?
Ada basikal tapi tak tahu guna?

Tiba-tiba tergerak hati untuk bercerita tentang penggunaan basikal di Malaysia. Dah lama tidak berbasikal. Masa kecik-kecik selalu juga naik basikal ke sekolah. Tapi dah zaman Universiti, tiada masa walaupun untuk beriadah. Duduk bilik dan tidur, itu je. Ok. Back to topic. Apa akan jadi kalau seluruh rakyat di negara ini, berbasikal ke tempat kerja?

Ini bukan iklan Punggung. Lihat Basikal.

Aku tahu pelbagai alasan akan diberikan jika menggunakan basikal sebagai alternatif lain ke tempat kerja. Cuba fikirkan kalau tempat kerja dekat, takkan naik kereta juga? Mungkin cara lain juga boleh diguna pakai; dengan berkongsi kenderaan ke tempat kerja. Yang ini pun bagus. Tapi berbasikal pun boleh mengeluarkan tenaga. Bagi aku lah, Malaysia tidak sesuai sebab keadaan cuaca yang sering berubah-ubah. Lainlah kat Negara membangun yang lain, pergi kerja sejauh 10km pun masih tidak berpeluh. Pelik, tapi itulah Fakta!. Manalah tahu, suatu hari nanti tiba-tiba ramai pula Rakyat Malaysia ke kerja naik basikal? Kan seronok PM? Malaysia pun ke arah kehijauan, Duit negara pun tidak dibelanjakan ke arah automobil lagi, Jadi, Gaji Pekerja tentu Naik. Itu yang kita harapkan. Kan Kan? Malaysia Maju, Rakyat Selamat. Tiada lagi kemalangan jiwa. Setuju Tak? Jom Kongsi Komen anda.

Taxi yang di upgrade jadi basikal, Upgrade ke?

Bila Si Dia Bertanya;


[image[3].png]
Program Cuti Sem ada lagi.
Klik Sini untuk Layan.

Pada pendapat anda , apakah yang perlu ada dalam sesebuah blog ?
  • Pada pendapat aku, dalam sesebuah blog mesti ada idea. Idea sangat penting dalam meningkatkan prestasi minda. Ok. Idea mesti berteraskan akal dan fikiran yang adil. Selain itu, Blog juga mesti kena ada button komen. Bukan sebab nak gedik, tapi senang untuk para pengunjung untuk klik memberi pandangan atau respon kepada tajuk entry berkenaan.
Bagaimanakah anda mempromosikan blog anda ?
  • Aku mempromosikan blog ini melalui pelbagai medium. Menyediakan ruangan khas di facebook untuk pembaca untuk terus membaca setiap entry yang baru. Ada juga melalui laman twitter dan beberapa laman sosial yang lain.
Blog bagaimanakah yang anda tidak suka masuk ? dan kenapa ?
  • Bukan tidak suka. Tapi tidak gemar. Ok. Blog yang aku tidak gemar untuk masuk adalah "terlalu berat dan sarat". Aku pun tahu blog aku ni berat. Tapi untuk peringatan sendiri juga dan Lu O'lls, kurangkan mengupload widget yang berat dan besar. Ini kerana tahap meloading untuk sesuatu blog itu sangatlah mengambil masa. Jadi, kurangkan lah!.
Jika anda masuk ke sesebuah blog , bahagian manakah yang akan menarik perhatian anda ?
  • Aku suka tengok header untuk sesuatu blog. Seakan memberi ilham untuk para pengunjung. Selain itu, aku suka tajuk entry yang mengancam dan boleh menggugat hati aku untuk membaca. "Entry yang baik datangnya dari Tajuk mengancam"
Apakah kata kata semangat yang boleh anda berikan buat blogger yang mana semangat mereka telah jatuh akibat dikritik hebat oleh pembaca ?
  • Tolong jangan dengar apa orang lain katakan terhadap blog Lu O'lls semua. Buat perihal sendiri dan jangan sesekali mudah putus asa. Tujuan utama berblogging adalah untuk berkongsi maklumat atau cerita dengan public. Jadi, hak mereka adalah bersuara, dan kita kena terima. Jangan cepat melatah. Teruskan Usaha Blogger semua! Aku suka baca Blog Lu O'lls!!
Blog bagaimanakah menjadi pilihan anda ..
  • Simple tapi sarat dengan pelbagai maklumat. Cantik dan Meletup adalah tambahan untuk sesebuah Blog itu.

Wednesday, December 1, 2010

Ubat Anti-Kanser Ada?


Beborak dengan kawan;
Here goes the situation.


Kawan I : Kita kena berhati-hati dalam memilih pasangan.
Kawan II : Macam mana nak pilih yang betul-betul?
Kawan I : Kena pandai pilih la.
Kawan II : Macam mana kalau kita dah kahwin, tiba-tiba baru tahu yang dia penagih?
Kawan I : Err.
Kawan II : Dia HIV positif lagi. Memang boleh ke kita tinggalkan dia?
Kawan I : Kena tengok juga.
Kawan II : Tapi sekarang sebelum kahwin dah ada ujian saringan kan.
Kawan I : "=.=" duh!

Aku dah tahu jawapan, pegi tanya lagi. Kadang-kadang benda yang simple pun aku tak boleh nak jawab dengan warasnya. Tapi memang tak wajarlah kalau seseorang itu lebih-lebih lagi pasangan kita mempunyai HIV positif, kita tinggalkan dia disaat dia memerlukan kita. Memang tak wajar. Dia sangat perlukan kita. Tapi takut juga dengan dunia sekarang ni. Macam-macam boleh berlaku. Mintak mintaklah aku dijauhi. Sebagai seorang saintis yang bakal berjaya, terfikir juga mencari ubat penawar Anti-Kanser. Tapi macam mana? Ada pokok yang boleh aku ekstrak?


Apa Beza AIDS dengan HIV?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...