Para Pengikut :)

Sunday, May 13, 2012

Oh Haram!




Aku tergerak hati untuk berkongsi sesuatu dalam laman muka sosial ni. Jangan ingat facebook and twitter je laman sosial korang, blog pun suatu wadah untuk bersosial. Aku punya satu kemusykilan terhadap pemikiran orang ramai. Nak kata segelintir, rasanya tak kot. Ramai yang perkatakan. Rasanya semua dah tahu Mother's Day hangat diperkatakan ianya adalah Haram untuk disambut. Aku pun tak tahu mana datangnya keharaman itu.
See, tang mana haram?

Mungkin aku judge by it's cover je. Ok, memang tak dinafikan bahawa mother's day ni berasal dari sejarah yahudi. Tapi salah ke kalau kita menyambutnya dengan ibu tersayang? Mengucapkannya pun satu kesalahan ke?

Habis kalau ni?

Macam mana pula kalau kita sebut "Selamat Hari Ibu"? Oh, itu boleh sebab bahasa melayu? See, mentality dah dijajah. Still kalau translate pun, membawa erti "Happy Mother's Day". Kan kan. Samalah kalau kita sebut father's day kan? Sebut dalam malay boleh, tapi dalam english tak boleh. Minda dah disekat. Sikit je dah goyah. Nasib baik takde sister's day, brother's day. Tapi aku 100% sure ramai yang akan cakap, sebut in english lagi better than malay sebab sound pelik. Hahaha. Cuba sebut "Happy Maternity Day" dalam malay. Cubalah!





Aku rasa ramai yang akan wiki happy birthday kan? Cuba baca sejarah birthday pulak. Kebanyakannya datang dari bukan islam macam buddha, kristian, katolik dsb. Adakah macam ni pun korang akan tergugat? Dan lepas ni banyaklah orang bertukar kepada Selamat Hari Jadi. Tak dinafikan ada je orang tulis HBD dan boleh dijadikan alasan tidak membawa maksud apa-apa. Itu belum lagi kalau aku wiki "Selamat Hari Jadi" dalam bahasa korea, jepun, thailand yang aku pun tak tahu maksud awalnya apa. 

Aku pasti ramai yang akan melenting sebab mempertahankan isu masing-masing. Iye, aku bukan penyongsang agama bahkan bukan pemprotes yang hyper. Aku masih Islam yang berpegang pada agama Allah. Tapi tujuan aku cuba nak berkongsi sesuatu yang perlu dikongsikan bersama. 

Cuba berbalik pada tujuan asal kita menyambutnya. Adakah kita sambut untuk Mother Teresa? atau Father Jose? Mestilah tak kan. Kita menyambut hari ibu ni sebagai tanda terima kasih terhadap pengorbanan mereka. Yea, aku faham. Ramai yang akan kata, setiap hari adalah hari ibu dan bapa. Tapi kenapa kita tak cakap hari jadi adalah setiap hari jadinya? Sebab specific day untuk raikan bersama kan? Kalau 24 jam bekerja dan tak da masa untuk meluangkan masa bersama ibu, adakah itu yang dinamakan menyambut hari ibu setiap masa? Susah nak cari ibu yang bekorban 9 bulan mengandungkan kita, berapa lama dia tunggu untuk menggerakkan tubuh kita supaya boleh berjalan, bermain, makan, bersolat. Takkan la kita tiada penghargaan kepadanya? Itulah wujudnya satu hari untuk menghargai bukan jasa seorang ibu, tetapi burjuta-juta ibu didunia ni. 


Yes, aku tahu doa juga penting untuk kedua ibu bapa. Tapi apa salahnya menunjukkan sedikit usaha menghargai mereka. Memberi bunga, memasak bersama, atau keluar menghabiskan masa bersama. Adakah itu juga yang dikatakan haram? Nauzubillah. Jadi, kita juga perlu tahu tentang "Niat" asal. Jika salah niat kita, salah lah langkah kita. Maaf jika semua terasa, tetapi ini lebih kepada perkongsian kita bersama. Renungan.


Walau apa jua panggilan korang terhadap ibu, mereka tetap wanita yang agung dimata dunia. Walau apa jua kata mereka yang memedihkan, anggaplah itu nasihat yang membesarkan kita sehingga jadi orang yang berguna sekarang. Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu termasuklah bakal ibu di dunia especially to mak, Puan Rajemah Ayop, Puan Roziena Ramli (mama) dan bakal ibu mertua (yang masih dicari). Sesungguhnya, andalah Ibu yang terbaik di dunia dan akhirat. Till Jannah we meet, InsyaAllah.

3 Babel:

sesumpahmerah said...

KENAPA NAK LETAKKAN PADA HARI...LETAKKANN PADA NIAT...
KENAPA PERLUKN HARI,,,SEDANGKAN HARI2 BOLEH SAMBUT KERANA IBU ITU HARI2 ADALAH SPECIAL DALAM HIDUP KITA...

Zulfadly said...

sama lah, isu ni dah jadi pelik, semua haram, tapi bagi saya, kalau niat betul, ok je kot. just my 2 cents opinion

Unknown said...

'ibu mertua yg msih dicari'??lol!!cari anak dia dulu weh.lol XP

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...