Para Pengikut :)

Thursday, October 27, 2011

Kebangkitan Selepas Perkahwinan.

Salam untuk semua. Tema kita hari ini ialah tiada tema. Haha. Ok, dah lama kita tak bincang pasal kahwin. Tapi aku takde lah nak update sangat pasal hantaran perkahwinan, khemah gah bagai ataupun pakaian yang ditaja oleh kerabat diraja. Tetapi aku nak sampaikan satu mesej kepada korang yang sudi membaca. Iaitu kehidupan selepas perkahwinan. Analoginya mudah. Apakah tujuan korang kahwin? Dan apakah yang korang akan lakukan selepas sahaja berkahwin?. Aku nak tegaskan beberapa aspek penting.

  • Berkahwin bukan cuma bernikah dasar mulut dan menandatangani perjanjian antara dua pasangan, tetapi menzahirkan dari hati yang ikhlas bahawa "aku berkahwin bukan untuk diri sendiri tetapi membuktikan aku yakin aku bersedia menempuhi alam rumahtangga".
  • Tak perlulah berfikir secara panjang tentang tema apa perkahwinan, nak panggil satu dunia untuk diraikan bersama. Tetapi korang kena fikir jangka hayat. Takkanlah tema perkahwinan akan kekal sehingga mati? takde kan. Tanggungjawab tuh paling utama.
  • Selepas berkahwin tidak bermakna tanggungjawab korang sebagai anak sudah lepas, tidak! Anak tetap anak, dan isteri tetap isteri. Suami juga sama. Kesenangan hidup bukan untuk suami isteri, tetapi dikecapi bersama kedua belah pihak mertua. Kongsilah kebahagiaan bersama nescaya korang akan dipermudahkan segalanya. Berkat tau rezeki bersama.

  • Kalau setakat kahwin tak reti buat kerja rumah, lupakan je. Kan aku cakap tanggungjawab tu penting. Kalau suami letih, isteri masakkan. Kalau isteri letih jaga anak, suami masak pula. Ringankan tulang. Ala, resipi belambak dekat buku, internet etc. Nak atau tak je itu menjadi punca utama diri. Kita tak boleh nak harapkan orang gaji semata. Kalau anak dah besar, konfirm-konfirm dia lebih menyukai orang gaji dari ibunya sendiri. Lelaki pun tak perlulah goyang kaki tengking-tengking isteri, apalah salahnya bantu-membantu. InsyaAllah, berkat rumahtangga.

  • Lastly, aku mohon sangat, janganlah kita putuskan hubungan ibu bapa selepas perkahwinan. Dialah melahirkan dan membesarkan korang semua. Jenguk-jenguklah selalu untuk menggembirakan hati mereka. Kalau takut nak menzahirkan rasa cinta dan sayang, berdoalah kepada mereka semoga semuanya baik-baik belaka. Cuba baca selalu doa ini:

Maaf jika ada menyinggung perasaan korang semua. Tapi entry ini untuk kita sama-sama sedar betapa alpanya kita tentang akhirat. Sayangilah ibu bapa korang selagi masih ada. Aku nak tegaskan supaya kita sentiasa berdoa. Jangan putus bekalan ini. Spread the words.

Assalamualaikum.

5 Babel:

Lelaki Ini said...

betul2!
kahwin2 juga..
mak bapak jgn lupa!

Miss Eiza said...

besarnya tanggungjawab nanti...alahai~

LAici KAng Ais said...

tumpang lalu...good entry :)

cik wanie Lovela (CWL) said...

huhu tak kahwin lg

hafiz hafizol said...

Salam singgah dr Majalah UKM versi 2011.. erk.. Hahahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...