Para Pengikut :)

Thursday, October 27, 2011

Kebangkitan Selepas Perkahwinan.

Salam untuk semua. Tema kita hari ini ialah tiada tema. Haha. Ok, dah lama kita tak bincang pasal kahwin. Tapi aku takde lah nak update sangat pasal hantaran perkahwinan, khemah gah bagai ataupun pakaian yang ditaja oleh kerabat diraja. Tetapi aku nak sampaikan satu mesej kepada korang yang sudi membaca. Iaitu kehidupan selepas perkahwinan. Analoginya mudah. Apakah tujuan korang kahwin? Dan apakah yang korang akan lakukan selepas sahaja berkahwin?. Aku nak tegaskan beberapa aspek penting.

  • Berkahwin bukan cuma bernikah dasar mulut dan menandatangani perjanjian antara dua pasangan, tetapi menzahirkan dari hati yang ikhlas bahawa "aku berkahwin bukan untuk diri sendiri tetapi membuktikan aku yakin aku bersedia menempuhi alam rumahtangga".
  • Tak perlulah berfikir secara panjang tentang tema apa perkahwinan, nak panggil satu dunia untuk diraikan bersama. Tetapi korang kena fikir jangka hayat. Takkanlah tema perkahwinan akan kekal sehingga mati? takde kan. Tanggungjawab tuh paling utama.
  • Selepas berkahwin tidak bermakna tanggungjawab korang sebagai anak sudah lepas, tidak! Anak tetap anak, dan isteri tetap isteri. Suami juga sama. Kesenangan hidup bukan untuk suami isteri, tetapi dikecapi bersama kedua belah pihak mertua. Kongsilah kebahagiaan bersama nescaya korang akan dipermudahkan segalanya. Berkat tau rezeki bersama.

  • Kalau setakat kahwin tak reti buat kerja rumah, lupakan je. Kan aku cakap tanggungjawab tu penting. Kalau suami letih, isteri masakkan. Kalau isteri letih jaga anak, suami masak pula. Ringankan tulang. Ala, resipi belambak dekat buku, internet etc. Nak atau tak je itu menjadi punca utama diri. Kita tak boleh nak harapkan orang gaji semata. Kalau anak dah besar, konfirm-konfirm dia lebih menyukai orang gaji dari ibunya sendiri. Lelaki pun tak perlulah goyang kaki tengking-tengking isteri, apalah salahnya bantu-membantu. InsyaAllah, berkat rumahtangga.

  • Lastly, aku mohon sangat, janganlah kita putuskan hubungan ibu bapa selepas perkahwinan. Dialah melahirkan dan membesarkan korang semua. Jenguk-jenguklah selalu untuk menggembirakan hati mereka. Kalau takut nak menzahirkan rasa cinta dan sayang, berdoalah kepada mereka semoga semuanya baik-baik belaka. Cuba baca selalu doa ini:

Maaf jika ada menyinggung perasaan korang semua. Tapi entry ini untuk kita sama-sama sedar betapa alpanya kita tentang akhirat. Sayangilah ibu bapa korang selagi masih ada. Aku nak tegaskan supaya kita sentiasa berdoa. Jangan putus bekalan ini. Spread the words.

Assalamualaikum.

Wednesday, October 12, 2011

Benda-Benda Awkward Sebenarnya Tidak Pun.


Sumber dari Google.

Salam Satu Benua. Tak kira anda di benua antartika, benua afrika ataupun benua mana sekali pun. Selamat sejahtera. Kalau ada pembaca dari luar negara, jangan segan untuk memberi komen atau say Hi. Aku pun nak beramah mesra. Hehe. Ok, straight to the main focus untuk hari ini. Apa yang korang rasa title atas tu akan related dengan story hari ini? Ahaa. Apa benda yang korang rasa awkward tetapi sebenarnya benda tu tak lah awkward sangat.. Awkward tu benda yang korang anggap pelik, hairan dan jarang berlaku. Nak tahu?


Tak hairanlah aku cakap yang memasak ni biasa. Tapi cuba kalau lelaki yang memasak? mesti pelik. Hairanlah. Benda ni memang dah berlaku pun. Bukannya lelaki nak memonopoli, cumanya, memasak ni dah jadi perkara general yang semua orang patut ambil tahu. Even kanak-kanak pun dah pandai memasak sekarang. See? No wonder lah kalau kanak-kanak berlari mendapatkan "Cooking For Kids" kat MPH dan Popular nanti.

Ni untuk generally. Siapa kata orang yang pregnant je perlu ambil tahu pasal pregnancy? Kalau tak beranak pun boleh je ambil tahu pasal sistem anak-anak ni. Kalau lelaki beli buku ni? tak semestinya dia yang mengandung atau tak semestinya dia belikan untuk orang yang mengandung? Dia beli mungkin untuk masa hadapannya. Senang nanti. Sebab tu lah kita di ajar Sistem Pembiakan / Reproduction di Sekolah Menengah bukan untuk mereka berfikir lain cuma berfikir secara luas tentang kehidupan seharian yang mendatang. Benda macam ni pun awkward?

Awkward ke? Sivik pun kita dah belajar bahawa rumah itu adalah tanggungjawab penghuni rumah tersebut. Takkan pinggan mangkuk, sampah sarap hanya dibersihkan mengikut individu sahaja? Tolong-menolong kan amalan mulia. Pahala lebih kepada orang yang kuat menolong. Susah betul kita nak memahami makna pahala tu seolah-olah pahala tu macam benda main-main pula.

Lelaki bila puasa di bulan bukan puasa, awkward ke? Bagi aku biasa je sebab dia pun manusia, kesilapan tu memanglah wujud. Kadang-kadang tu bila kita masa kecil, ada juga tak berpuasa penuh, so, cara beginilah kita nak ganti balik puasa-puasa lepas yang kita tak sedar. Tetapi selalu orang pertikaikan, "Eh, kau tak puasa ke masa bulan puasa lepas sampai nak ganti-ganti ni?". Itulah yang kita patut hairankan. Kenapa sampai ada soalan begitu muncul. Berpuasa di bulan ramadhan kan wajib, berpuasa di hari biasa kan sunat. Berganda pahala jika berpuasa di hari Isnin dan Khamis.


So, awkward sangat ke?

Kalau ada benda awkward yang tak berapa awkward sangat tu yang boleh di kongsikan, Kongsikanlah. Biar mata kita terbuka sekali dengan pemikiran yang luas.

Thursday, October 6, 2011

Malam Indah.


Sepoi berbahasa,
Seperti semua mendengar kata.

Malam, selalunya indah.
Bintang teman,
Bulan mula mengambang,
Suram-suram awan berselimut,
Celahan kelam yang mendung.

Aku suka saat ini.
Seakan berjanji selalu disini.

Saat ini, Saat ini.
Aku menjerit sambil berdiri,
Megah seperti berpuisi,
Sebab aku suka saat ini.

Saat sejuk dalam dakapan.
Bersiram elok dalam senyuman.

Ya, ini yang aku mimpikan.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...