Para Pengikut :)

Tuesday, September 20, 2011

Buat Perempuan Hijab.


Assalamualaikum. First of all, aku nak tegaskan disini bahawa ini adalah pengumuman buat wanita/perempuan yang suka membuat style-style hijab yang up-to-date. Ini merupakan peraduan untuk anda. Peraduan SpreadTheGreenNot Hijab : Make Your Own Style. Contest yang sangat simple dan tidak memerlukan wang ringgit tetapi ganjarannya adalah lumayan.


Berikut merupakan Hadiah yang lumayan.



Baca dengan teliti syarat dibawah ini.


Mudah kan?
Layari [Sini]


Ajak kawan-kawan.
teman seperjuangan.
Rakan taulan.
Sepupu sepapat.
Sekaum sekerabat.




Dan kenyataannya adalah aku masih lelaki yang menolong kawan-kawan yang punya erti budi. Mereka juga berbakti, dengan cara tersendiri. Tiada hasad tiada dengki. Masuk dengan rela hati, mana tahu andalah pemenang yang dicari? Selamat mencuba. Please spread the words.

Boleh juga bertanya :)

Friday, September 16, 2011

Cakap Tak Serupa Bikin.


Seorang bila tinggi pendidikan,
Mulalah berkata bagai tiada guruh dilangit,
Mencakar hingga ke lapisan awan.
Megah, bangga, takbur.
Hingga lupa daratan
Dan lupa mana dilahirkan.

"Kau melihat dari pandangan kasar, yang halusnya mana?"

Bukan kata manusia,
Binatang pun takut,
Dengan apa yang kau katakan.
Kau telan,
Apa yang kau makan.
Jika kau ludah,
Kau yang sudah.

Berkata boleh,
Mengata jangan.
Menyentuh boleh,
Tersentuh jangan.

Isu sensitif, usah dipertikaikan.

Wednesday, September 14, 2011

Dan Aku Takut.


Setiap hari jadi begini. Rasa sangat menjiwai. Tangan aku seakan ringan tiap kali dihayun dan juga diberi. Berkali orang memberi, begitulah tangan aku merasai. Tidak putus-putus.


Menyingkap jendela hati, masih banyak memori. Ada kala satu kesunyian, hati bercerita. Pabila jari meneliti tiap wang diberi, aku lemah diarus manusia. Aku menjual harta disaat aku hanyut di gelombang dunia. Pabila tangan dihayun setinggi langit, jari tidak henti mengira. Dan disaat perhentian duka, si peminta meronta dahaga harta, aku berkira dan terlalu berkira takut habis ditelan peminta.

"Aduh, kenapa aku terjalan didepan dia?" berontak hati.

Aku sekali lagi berkira soal harta. Duit merah seakan dihilangkan dari mata, tinggal biru dan syiling berkilauan. Aku memilih syiling lebih dari merah yang beribu kilaunya. Aku letak ditabung hadapan peminta. Ya Allah, sungguh gembira si peminta dengan syiling lebihan aku belanja.

" Cukuplah syiling itu untuk dia, aku juga perlu berbelanja " hati berucap kata dua.



Itu cerita lama. Dan cerita kedua pun bermula. Memang ajaib bila kesunyian menyelubungi diri. Habis lupa tentang apa sebenarnya dicari.

Aku dibesarkan penuh kesederhanaan. Makan, minum cukup pakai. Belajar tinggi sehingga menara gading. Soal iman? usah khuatir. Ditanggung beres semuanya. Tetapi sesuatu yang aku gagal, keindahan iman yang aku lemah. Aku gagal mencari apa yang pasti.

Pabila seronok aku merayakan kemenangan di bulan syawal, terdetik pada mereka yang kurang berkemampuan. Mereka tidak berdaya, mereka lemah dan mereka tidak merayakan seperti aku yang seakan hilang daya berjalan disebabkan sibuk makan hingga lupa daratan. Teringat tangan yang memberi kepada si peminta dulu. Apa agaknya dia makan dengan syiling yang aku berikan? Apalah sangat yang boleh dibeli dengan syiling berketul-ketul itu untuk perayaan? Aku sekali lagi gagap pemikiran, gagal menjaga iman. Mereka meronta meminta untuk merayakan, walhal aku? Sibuk berkira untuk tidak kesunyian.

MashaAllah, apa yang sudah aku lakukan? Adakah aku zalim kepada orang tidak sepatutnya ditindas? Bukankah aku sepatutnya berkongsi kegembiraan bukan menyimpan sendirian?




Dan sehingga kini, aku sendiri takut. Aku takut, aku sekali lagi mendongak ke langit.

Tuesday, September 6, 2011

Bila Lagi Nak Beraya?


Salam 6 Syawal. Fuh, sekejap je kita dah beraya. Time waste macam tu je. Rindu Ramadhan. Since we're still in mood of Raya, aku pun nak update juga. Raya tahun ini macam biasa, tapi satu family all together. Beraya di KL sangat Meriah ok!. Juadah beraya macam biasa juga, ada rendang, ketupat, kuah kacang, rendang paru dan lain-lain and special menu is Air Bandung Soda! Ok, biar gamba berbicara. Haha.






Dimanakah saya?


Tak terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Sekiranya aku ada tersalah kata, terkutuk korang ke, termengumpat ke, atau buat korang semua terkecil hati ke, 10 jari disusun memohon maaf. Kepada semua followers, silent reader, mahupun kepada blog-blog perantauan, walaupun jauh dimata, tetapi dekat dihati. Maaf Zahir Batin. Jemputlah datang rumah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...