Para Pengikut :)

Wednesday, April 8, 2009

Perbualan di dalam Pengangkutan Awam.

Hari Selasa Lagi;

mendung-mendung berarak laju,angin sepoi bahasa.keadaan yang sangat tenang.Pada suatu ketika aku duduk di anjung surau utk menunggu bas dengan penuh keredhaan.Pabila naik,terserempak dengan sahabat kenalan semasa sesi matrikulasi suatu ketika dahulu.Oh,sudah lama tidak ketemu. Jarang bertemu muka walaupun duduk sebumbung (satu kolej).Jangan disalah ertikan. dier adalah wanita sejati yang sangat ayu dan kadang kala hardcore.Perbualan bermula di situ.

Wanita A : Cam ne reunion?
Si Kacak S: Mmm.aku no hal.tapi kene cari mase sesuai laa.
Wanita A : Leh je.Sebab aku buat Short sem(sem pendek;demikian dikatakan oleh seorang kenalan lama juga)
Si Kacak S:oh!ok.mcm mane dgn Akif(bkn name sebenar mahupun manja)??
Wanita A :dier tak moh ajak la..menyusahkan.
Si Kacak S:tersentak tapi di masa yang sama mengiyakan juga.

......membawa cerita lama..........

Si Kacak S:Eh!mase tu,aku nampak dier ade bawak kereta?warna putih,bla bla bla (dirahsiakan)
Wanita A : laa..ko tak tau ke?(sambil menyingsingkan lengan ingin bergosip)
Si Kacak S:tak tau..nape?bkn kete senior dier ke?or kete Nazi(bukan nama manja juga)??
Wanita A :tu kete dier laa..dier beli sendiri tapi tak abis bayar..
Si Kacak S:Erkk..oh!dier gune J*A(jabatan dirahsiakan) kott..ptot laa..
Wanita A : ko ni ketinggalan laa..dier kan ade bisnes %$#&*!@..
Si Kacak S: huh!!?? (muka teruja)..ko bia btol.mne ko tau??
Wanita A :kwn aku bgtau sbb dier soh join bisnes $%^#@$! tu..
Si Kacak S: (terdiam sambil mengigit kuku)..

...bas berhenti di destinasi yang dituju Wanita A itu....

*perbualan tamat dan berakhir dengan dua rangkap jenaka oleh Si Kacak S*

terlintas difikiranku ini betapa kayanya kawan aku sekarang ini.belum aku hebohkan satu malaya lagi,mungkin suatu hari nanti.Aku mendoakan supaya dia tidak lupa seperti si tanggang dan Ikan Duyung (motipp??).Aku mendoakannya.Sekilas lantas mindaku berdetik tentang mobil kegilaan aku.Iya,sesuatu yang sangat cantik,puas,ghairah dan paling utama,hitam!Aku amat menggilai warna kegemaran setan itu.Aku sangat ghairah dengan Toyota Rush.Hanya tekan pada gambar di carian google.Aku mahu ianya dihadiahkan sempena keputeraanku suatu masa nanti.OH!alangkah syurganya jikalau duit jatuh ke bumi pada setiap hari.tidak pon sekali akanku lelapkan mata.Aku teroskan berdoa,berdoa serta berwirid.Subhanallah;Allahuakbar.

0 Babel:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...