Selasa;
suatu pagi yang sangat dihargai menyaksikan burung mati ditembak oleh orang yang tak berperikemanusiaan.topik tiada hubungan.bersiar membaca belog kawan-kawan dan kenalan rapat,terkeluar lah belog sang pujangga ini yang banyak menyindir diriku.aku tidak sentap tapi lebih kurang begitulah.
kehidupan sang pujangga itu telah disia-siakan dengan cerita maksiatnya ketika di sebuah universiti terkemuka (dirahsiakan identiti universiti tersebut). Terbaru cerita mengenai ratu shemale tak sedar diri yang perasaan cantik bertarikh pada 5 April 2009,Ahad. Langsung terlintas di fikiranku; terlalu rajin dier menulis belog sampaikan cerita perempuan 'dikehendaki' itu perlu diceritakan.Biarlah dia dengan dunianya,walaupun aku berperang dalaman,tetapi sebagai penulis belog yang baru dan tegar,harus diberikan galakan dan dana yang sepatutnya. syabas dan dua ibu jari diberikan kepadanya.
*sudah,berhenti bercerita mengenainya*hanya carutan bakal menyusul*
Hari sebelum Selasa;
Aku mula berkabung demi menunjukkan protes aku terhadap suatu rancangan realiti tv. Biarlah beberapa pihak sahaja memahaminya.Aku mendengar budak-budak (nama dirahsiakan) tu, mendapat tugasan baru berbentuk duet keseorangan (lagu duet tapi nyanyi sorang). Aku ingin melihat persembahan mereka,tapi apakan daya,protes dan kabung belum tamat sesinya. Sehingga hari ini,tangisan dan air mata mengiringi kepulangan bintang kegemaranku tanpa diketahui ramai bahawasanya bakatnya itu terlalu besar dari McD yang tak terhingga besarnya.
Aku mengeluh tapi tiada siapa yang ketahui kerana sebahagian besar rakyat negara ini tidak menyukainya.pelik tapi itulah hakikatnya.(terlintas lagu kegemaran sang pujangga-lagu UMNO)
1 Babel:
sentap... terasa terasa..
Umno Trus Maju..
Untuk Rakyat Jelata..
tiba2 terhafal lak lirik part turh... aku bebas ek.. tak sokong mana2...
Post a Comment