Para Pengikut :)

Friday, July 8, 2011

Perasan Tak?


Perasan tak?
Bila nikmat mendatang,
Kita susah jauhinya.
Bila susah mendekati,
Kita payah meminta.

Perasan tak?
Apabila kita berkata,
Orang bertanya semula,
Bila ditanya,
Kita mula mengata.

Perasan tak?
Semakin banyak tidak dari ya.
Semakin banyak palsu dari betul belaka,
Semakin banyak pelik dari biasa.

Apa lagi yang anda perasan?
Luahan dan picisan?
Atau boneka dalam keterlanjuran?


Suka entry ni? Jom like ;)

Wednesday, July 6, 2011

Dilemma Remaja, Apa Dia?



Apa yang anda tahu tentang blog sebenarnya? Isu semasa? Isu terkini? Atau isu sensasi? Banyak kegunaan blog ni sebenarnya. Kelebihan pun ada terutamanya pada pembaca setia. Tapi bila baca blog orang, teringin nak ada blog sendiri. Tapi bila dah ada, macam-macam dilemma muncul. Mesti pernah jadi sebegini..


Haa, mulalah merungut dengan pelbagai alasan. Suka tengok, suka baca tapi malas nak karang, kan? Karang tu maksudnya nak menulis di blog. Kadang-kadang sampai merapu-rapu tulis. takpe, janji tulis. Sebenarnya aku dah melalut ni. Haha. Motif aku adalah ingin berkongsi tentang ranking alasan yang selalu diberikan berkaitan rungutan tu. Jom scroll.





Ye tak ye jugak. Ada ke orang nak baca?. Ok, jawapannya ya jika korang mahu cerita dikongsi bersama. Kalau korang rasa cerita yang menarik untuk dikongsi bersama, share with us. Nothing to lose. Apabila kita berkongsi sesuatu keindahan atau kepahitan, pasti disambar dengan kemanisan. Tak kiralah kritikan ataupun perangsang. Itu secara tak langsung ada respon dari pembaca. Percayalah.


Ok, mengenai cerita pula, tengok sekeliling. Mulakan cerita korang dengan keadaan sekeliling. Buat cerita apa sahaja janji jangan berbaur yang boleh mendatangkan kemarahan. Cerita pokok ke, cerita tentang kehidupan ataupun tentang masyarakat yang berbilang bangsa ke. Cerita sang kancil tomoi dengan sang buaya pun boleh. Apa saja. Janji, korang buat something untuk dikongsikan.


Yang ni payah sikit lah. Haha. Kalau nak cari mood memang 7 hari 7 malam lah baru dapat. Kadang-kadang bila kita dah dapat ilham tuh, bila sampai kepada nak menulis tiba-tiba hilang, lost!. Adoi. Senang je, caranya adalah mengingat kembali tapi ni makan masa ataupun cuba taip balik kat handphone. Nanti bila dah nak mula menulis, kita boleh refer kat hp je. Senang. Anytime.


Belum start tulis lagi dah fikir macam-macam. Kritikan dan kutukan tu tak salah kalau responnya begitu. Kalau kita tulis aim pada orang yang salah, kutukan lah makannya. Tapi kalau kita bercerita tentang keindahan dan kemanisan, sudah tentu benda yang sama kembali pada kita semula. Buat dulu, respond tu belakang cerita.



So,



Suka entry kali ni? Jom like ;)

Monday, July 4, 2011

Baru Sekarang Aku Faham.


Apa yang aku faham? Haha. Aku mulai faham apa maksud tersirat dalam lagu Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain. Dah berdetik lamanya keluar lagu ni, baru sekarang aku faham kan? Takpe, nak tau ape fahaman aku? Jom scroll.

Aku tepek skali dengan musicnya. Tekan dulu baru scroll.




Sweetnya percintaan mereka.




Suka entry ni? Jom like ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...