Running Man
Food Race!
Bukan main suka bila dapat invitation tu. Sehari punya shoot dekat area Seoul, terpaksa gagahkan diri ke sana untuk beberapa hari. Dah lama dapat invitation ni, tapi lambat sahkan sebab fax machine buat hal. Tak dapat deliver the message on time. So, PM (Production Manager) terpaksa call untuk buat double confirmation. So here goes the travelling.
Naik Korean Air ditaja sepenuhnya oleh production team. Almaklumlah tak berapa fasih cakap korean setakat tunduk tunduk je. Risau punya risau, contact sorang translator kat sana. English-Korean translator. Production jugak bayar.
Dalam flight macam biasa, mana ada makanan Malaysia sebab naik Korean. So, kimchi kimchi je la. Nak nasi goreng semua janai desu (tidak ada in japanese). So, here meet the translator.
Jangan terkejut. Dia memang macam tu. Oh, Siwon-ssi ni pun join Running Man Food Race. Disebabkan susah sangat nak cari translator dekat korea sebab orang korea dengan jepun sangat memperkasakan bahasa mereka, so, pick Siwon-ssi sebab dia reti cakap English. So, pemilihan tepat. Dia dah tercongok lama dekat arrival hall. Ok, alasan aku "Flight Delay". So rush naik van.
So dalam perjalanan, PM berceloteh tentang game dan peraturan sambil tu Siwon tolong translate kan. Aku ada beritahu if food race, aku memang tak makan non-halal tapi PM cakap no worries, there's no place we go for non-halal battle. Aku setakat angguk je lah. Dah lama aku tahan diet ni sebab nak makan makanan korea je. So, jumpa Running Man Cast dekat Yeouido Hangang Park. Aku tak sabar nak jumpa Jihyo sebenarnya. Hahaha..
Yeuido Hangang Park.
Meet the Cast. Tak sabar kan depa nak jumpa aku?
Yuri dan Seohyun as guest.
So, bila total up kan, Aku, Siwon, Yuri dengan Seohyun as one team. Then aku pick Jihyo masuk team kitorang. Fine, bertambah gembira aku. Memang dalam kereta nak menuju ke tempat food race tu aku tak faham sepatah apa pun dorang borakkan, nasib baik dorang reti translate. Oh, Seohyun pun reti cakap English. So, memang plan strategik la. So sekarang nak pergi serang tteokbokki dengan kimbap. So tadi lalu Han River.
Aku rasa malas nak race sangat sebab kedatangan aku kesana lebih kepada bersiar-siar. Tapi Jihyo dok paksa aku "..ppalli ppalli.." (cepat in korean). Ape lagi? Sumbat je la dekat mulut. Banyak sangat tempat makan yang aku pergi sampai tak tercapai dek akalku. So, lastly we have a leisure game dekat Coffee Prince Cafe.
Cantik kan?
Aku dah cakap. Benda macam ni aku tak boleh nak race sebab terlalu indah untuk dinikmati. Dorang boleh la nak "..ppallii, ppalli..". Hahaha. Tapi last sekali Team Running Man bagi saguhati kepada guest especially aku yang jauh datang dari Malaysia. Aku ada jugak invite dorang datang Malaysia untuk play seround dua kat sana. They will come. And most touching memories are bila Jae Suk sebut "Terima Kasih" kat aku as appreciation. Tergelak aku bila ramai-ramai pun join cakap Terima Kasih.
Esoknya, Jihyo, Siwon, Haha, Jaesuk, Yuri dan Seohyun teman aku jalan-jalan round Seoul sebab aku nak beli souvenir sebelum balik esoknya. Dorang belanja makan tak ingat. Then aku ada terjumpa kedai Malaysia dekat sana, and aku introduce. First time dorang rasa Nasi Lemak. And they said it was spicy and superb. Actually, korean do eat spicy food. They even eat most spicy food such as kimchi and sort of. Sedih rasanya meninggalkan bumi Korea ni. "Annyeong Kashipshio" - "Sayounara"
Balik naik MAS. Tak larat makan kimchi.
Lastly,
Maaf jika terambil gambar tanpa batasan. Tiada kena mengena yang hidup dan mati.