Para Pengikut :)

Thursday, October 21, 2010

Bukan Mengeluh, Tetapi Luahan.


dari satu perkara ke satu perkara;
sudahnya tidak.
tapi,
berakhir juga satu perkara.

bila kita mengeluh,
siapa yang dengar?

bila kita menegur,
siapa membantah?

bila kita perbaiki,
dia kata masalah.

cuba untuk tidak berfikiran negatif.
cuba untuk terus ke hadapan.
minggu depan,
minggu peperiksaan.
aku cuba yang mampu.

kepada semua pembaca;
doa dan harapan iringan aku ketika menjawap.
maaf dipinta jika tersasul atau terasa kata,
semoga mendapat keberkatan,InsyaAllah.

Selamat Berjaya Warga UKM.
Jom Lakar Sejarah.
Jom Tiga Pointer Atas.

Tuesday, October 19, 2010

Cinta Kepada Kimia Punya Pasal.


kalaulah kimia semudah itu,
aku faham perasaannya.

kalau kimia semudah itu,
aku pasti dapatkannya.

malangnya, kimia bukan semudah itu.

exam yang berderet. aku redha dan tawakal. aku berserah kerana mungkin ini dugaan terbesar aku untuk semester kali ini.

Syukur kepadaMu.
Aku berserah kepadaMu.
Sesungguhnya, aku meminta pertolonganMu.
Kau berikanlah aku dan kawan-kawanku kekuatan,
untuk menempuhi dugaan dan cabaran.
Semoga kami terus cekal dan tabah,
dan bakal peroleh kejayaan,
Didunia dan Diakhirat, InsyaAllah.
Amin Ya Rabbal 'Alamin.

kurangkan mengeluh,
ambil sudut positif,
buang negatif,
tambah usaha,
gandakan pahala.
bahagikan masa.
InsyaAllah berjaya.


terima kasih dia yang sudi mendengar segalanya;
penawar semasa duka dan manisan jika aku lara.
semoga kita berjaya. *love*

Sunday, October 10, 2010

Kembali tetapi tidak sepenuhnya,



Apa yang perlu ada disini,
madah?

Kata anda terhadap blog sepeninggalanku?
bosan?

Anda rasa kenapa aku tak update?
kering idea?

Jawapannya tiada.
aku cuma datang untuk menyinggah di fikiran bukan di pena.


Selamat Kembali Ahmad Shaofie ke Alam Fantasi.
dia menyuruhku untuk update selalu.
tergerak, maka penulisanku jadi coretan.

anda rindu?
tinggalkan pesanan untuk nota hiasan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...