On the way ke Panggung Wayang di GSC, Alamanda. Sangat teruja sebab tengok bersama kawan-kawan dan yang syoknye lagi sebab dapat tengok cerita ini;
Hari ni ramai sangat orang nak tengok hantu kak limah sebab dengar kata Kak Limah bakal turun padang dan ada sesi autograph dengan Kak Limah dan orang kampung lain. Tu yang berkobar-kobar nak tengok dan nak suruh dia nyanyi lagu 'Enjit-enjit Semut" secara live. Tengah beratur panjang nak beli tiket, tiba-tiba aku nampak signboard ni...
Memang aku tak percaya. Dah la aku datang lambat, tiba-tiba murah pulak tuh, cerita pun favourite aku. Memang hari yang indah lah!. Lepas dah beratur panjang, sampailah turn aku nak borong tiket sementara tunggu kawan aku yang lain...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Kakak Kaunter : Ye incik, cerita ape?
Aku : Cite Kak Limah. (teruja giler)
Kakak Kaunter : Berapa orang?
Aku : 10 orang.
Kakak Kaunter : (klik screen sambil perasaan excited sebab pelanggan ni beli 10 tiket)
Aku : Berapa semuanya?
Kakak Kaunter : Semua sekali RM100.
Aku : Mak Aih, mahalnya, boleh makan McD 10 kali turn...
Kakak Kaunter : Student ke?
Aku : (tiba-tiba teringat tentang tawaran GSC tadi). Ha'ah. Yea.
Kakak Kaunter : Tunjukkan kad.
Aku : (keluarkan dompet). Ok. Ini Kad Pelajar saya.
Kakak Kaunter : huh?? Ape ni?
Aku : Ok. Ini kad matrik masa saya 1st year. Ini kad kolej masa saya kolej asal. Sem 2 saya tuka kolej dan ini kad kolej masa sem 2. Kad perpustakaan saya ni haa. Masa saya tahun dua, kad perpustakaan saya hilang tapi dah jumpa balik, so, ada dua kad perpustakaan. Bla, Bla, Bla... dan terakhir sekali kad saya sekarang ni iaitu tahun 3 semester 1. So, berapa harga saya boleh dapat?
Kakak Kaunter : (Tercengang) Next....
Aku : Aku salah cakap ke? (terfikir). Tadi kata kad pelajar... =.="