Para Pengikut :)

Saturday, March 12, 2011

Utusan Anak Kepada Ayah.


Imbauan kenangan;

Dulu;
Ayah yang berada disisi mak ketika aku dilahirkan.
Ayah yang mengazan dan iqamat di cuping telinga aku.
Ayah sering hantar ke sekolah walaupun sebenarnya dah terlambat.
Ayah sering angkat beg sekolah dan letakkan kat atas kerusi kelas.
Ayah selalu amek report-card dan report apa yang patut kat cikgu kelas.
Ayah selalu amek time tuisyen.
Ayah beri dorongan, sokongan dan kaunselor terbaik.

Tapi;
Bila aku degil, aku kena marah dengan ayah.
Bila aku kasar, aku kena pukul dengan ayah.
Bila aku bising, aku kena tegur dengan ayah.


Sekarang;
Ayah juga yang hantar aku ke Universiti.
Ayah juga pendengar setia masalah aku.
Ayah juga pengkritik hebat dalam hidup aku.
Ayah juga pemberi duit ketika aku memerlukan.
Ayah juga penyokong setia moral value aku.

Malunya, dah besar pun masih bergantung pada ayah.

Tapi;
Aku bangga dengan apa yang ayah berikan selama 22 tahun aku hidup.
Aku bangga dengan semangat ayah yang tak pernah padam.
Aku bangga dengan segala penat jerih ayah selama ini dalam membesarkan aku.
Syukur aku kerana diberikan Ayah yang terbaik.

Semoga Allah memberi rezeki yang melimpah ruah dan panjangkan umurnya.
Semoga aku lebih mendengar katanya dan menjadi anak berguna.

Ayah,
Hari ini, hari jadi ayah.
Selamat hari jadi diucapkan.


Ikhlas;
Daripada anakmu yang suka-buat-bising-selalu.

Friday, March 11, 2011

Badai Petanda.


Teriak si anak,
Memanggil nama ibunya,
Teriak si isteri,
Memujuk suaminya.

Adakah itu petanda?

Burung mati berkumpulan,
Ikan timbul di perairan,
Suhu menjadi tinggi kebelakangan,

Adakah itu petanda?

Badai menimpa,
Tidak kenal harta,
Tidak pandang jelita,
Tidak pilih jiwa,
Lolosan bencana,
Pelusuk dunia hancur dimamahnya.

Andai hadir dunia,
Buat penghapusan pertama,
Adakah itu petanda dosa?

Walau dihujung dunia,
Terpencil dari kejauhannya,
Menadah tangan memohon doa,
Selamatkan dunia,
Isyaratkan jiwa,
Sentiasa beringat kepada-Nya.
Semoga mereka selamat sentiasa,
Kehidupan kedua,
Selepas petanda.


Wednesday, March 9, 2011

Hanya Satu.


Satu jalan,
Satu pengharapan,
Satu cabaran,
Siapa petunjuk?
Hanya satu.

Sebuah pentas,
Satu lakonan,
Satu drama,
Tiada suara,
Siapa pencipta?
Hanya satu.

Sandiwara dunia,
Sesat bukan jalannya,
Lurus tunjukannya,
Dukacita,
Kejatuhan,
Gembira,
Siapa kaya?
Hanya satu.

Sujudlah,
Iktidallah,
Ke sudut bentangan,
Petunjuk iman,
Kompas haluan,
Hanya satu,
Allah Yang Maha Esa.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...