Bila malam je, aku start mumbling. Tak tahu lah kenapa. Ok. Best topik malam ini ialah stalker. Stalker tu dalam kamus dewan, mafhumnya ialah pengendap, lebih kepada pengintip, pengintai. Itu kalau mengikut kamus dewan yang jilid I, kalau new version, harap maaf. Tak renew-renew lagi. Jom start mengendap.
Kebiasaannya, stalker ni sering dikaitkan dengan Facebook. Laman sosial yang mendapat sambutan hangat tuh. Kalau stalker dekat blog tu namanya pengunjung bukan pengendap. Harap maklum.
Ciri-ciri stalker;
- Lelaki/perempuan.
- Usia mengikut umur sendiri.
- Tidak semestinya berkulit gelap sahaja stalker, beruban pun stalker juga.
- Mesti ada akaun Facebook sendiri, bukan meminjam.
- Stalker ni seorang yang ingin tahu. Dan pendiam orangnya.
- Peminat setia anda.
Apa yang stalker mahu;
- Membalas dendam. (scary bila dengar)
- Nak tahu tentang anda secara peribadi.
- Minat giler dengan anda.
- Mahu kesudahan episod cerita cinta anda.
- Nak tahu mutual friend anda.
- Gosip cinta anda.
Apa yang stalker dapat?
- Dapat tahu tentang anda. Serba-serbi tahu.
- Dah tahu gosip cinta anda.
- Tahu Mutual friend anda dengan orang terdekat. Oh Damn!
- Dapat cari kenalan sekolah lama. Akhirnya!
- Dapat jodoh? Perghh!
- Frust menonggeng apabila tahu cinta anda disunting orang lain. Ini betul-betul kecewa.
Bukan senang nak jadi stalker. Aku pun sedang mencuba. Haha. Aku stalker ke arah kebaikan. Tengok macam Fatin Liyana, aku stalk dia, dia boleh relax je. Macam tu lah bagus. Memang kami ada kimia. Senang je nak cari stalker page anda. Godek-godek Facebook tu sikit. Aha.